PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2026
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
30 September 2026 | Port Dickson
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan Perhimpunan Bulan September 2026 yang dikendalikan oleh Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti sebagai wadah memperkukuh semangat kebersamaan, nilai integriti serta budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan warga MPPD.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Teguh Bersama MPPD, diikuti bacaan ikrar serta doa.
Majlis diteruskan dengan amanat dan ucapan Yang Dipertua MPPD, YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, yang mengangkat kepentingan “Memaknai Malaysia dalam Perkhidmatan Awam”, berteraskan aspirasi dan penulisan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Dalam amanat tersebut, Yang Dipertua turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja MPPD atas komitmen, kesungguhan dan dedikasi yang dizahirkan sepanjang bulan Ogos dan September sehingga membuahkan pelbagai pencapaian membanggakan.





