PROGRAM TAZKIRAH SEPTEMBER 2026 – MENJAGA LISAN DAN KUASA, MEMBINA BUDAYA HORMAT - MENGHORMATI
Port Dickson, 25 September 2026 - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mangadakan Program Tazkirah yang bertajuk Menjaga Lisan Dan Kuasa, Membina Budaya Hormat - Menghormati yang telah diadakan di Dewan Besar MPPD pada 25 September 2026. Tazkirah kali ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Izuddin bin Ghazali, Pegawai Psikologi, Unit Psikologi Kaunseling Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Program ini telah dikendalikan oleh Unit Integriti.
Menjaga lisan (komunikasi) dan menggunakan kuasa secara bijaksana adalah dua tunjang utama dalam membentuk budaya hormat - menghormati demi melahirkan psikologi tempat kerja yang sejahtera.





