MEMPERKASAKAN CAJ FI LESTARI : MPPD LAKSANA SIRI SEMAKAN DAN PENGAUDITAN HOTEL
Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan Siri Semakan dan Pengauditan Fi Lestari pada 7 dan 8 Oktober 2026 sebagai salah satu usaha dalam memastikan pematuhan terhadap pelaksanaan Fi Lestari di premis hotel yang berdaftar.
Pelaksanaan pengauditan ini bertujuan untuk memastikan pihak hotel mematuhi Garis Panduan berkaitan Fi Lestari yang telah ditetapkan dari aspek kutipan, pengurusan bayaran serta rekod berkaitan Fi Lestari.
Semakan dan pengauditan ini akan diteruskan secara berkala ke atas hotel-hotel lain yang telah berdaftar bagi memastikan tahap pematuhan adalah selari dengan penguatkuasaan oleh pihak MPPD.
Pihak MPPD akan terus komited untuk melaksanakan pemantauan secara berterusan demi memastikan pengurusan Fi Lestari dilaksanakan dengan cekap dan teratur.





