13 Okt 2026
[LAWATAN TEKNIKAL & PERKONGSIAN ILMU: MEMACU PERANCANGAN BANDAR LESTARI DI PORT DICKSON]
Sepanjang dua hari lalu (13 & 14 Oktober 2026), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah berbesar hati menyantuni delegasi daripada PLANMalaysia Negeri Sembilan (PMNS), Pengarah Perancang Bandar, serta Ketua Unit OSC daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Sembilan sempena Mesyuarat Penyelarasan OSC Bil 2/2026. Mesyuarat ini turut disertai Bahagian Kerajaan Tempatan SUKNS dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan.





