LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD KE CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN YANG MENGANDUNGI FASA 1, 2 ,3 & 4 BAGI TETUAN TERAS SEJAHTERA SDN. BHD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi Projek Pembangunan Perumahan Yang Mengandungi
Fasa 1 : i) 33 Unit Rumah Mampu Milik Setingkat (RMM), ii) 3 Unit Rumah Teres Setingkat (RT1), iii) 1 Unit Pencawang Padat.
Fasa 2 : i) 12 Unit Rumah Teres Setingkat (RT1), ii) 16 Unit Rumah Teres Setingkat (RT2).
Fasa 3 : 29 Unit Rumah Teres Setingkat (RT2)
Fasa 4 : 16 Unit Rumah Teres Setingkat (RT2) di Taman Linggi Impian pada 15.10.2026
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD bersama dengan Jabatan Perancang Bandar, MPPD, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, MPPD serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat dan ulasan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson





