PANTAI TERPELIHARA, PENYU TERLINDUNG — KOMITMEN MPPD DEMI KELESTARIAN PORT DICKSON
16 Oktober 2026 | Port Dickson
Komitmen terhadap kelestarian alam sekitar terus diperkasa apabila Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memperkukuh usaha pemeliharaan kawasan pantai dan perlindungan habitat penyu di Port Dickson.
YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD, telah ditemu bual oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi berkongsi peranan, inisiatif dan komitmen MPPD dalam memastikan kebersihan pantai serta kelestarian habitat penyu, khususnya di kawasan pendaratan penyu dan lokasi penyu bertelur.
Pendekatan bersepadu melalui kerjasama strategik bersama agensi berkaitan, termasuk SWCorp, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO), diperkukuh menerusi pemantauan fizikal dan digital, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan terus ke Integrated Command Centre (ICC) MPPD serta pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang.
MPPD komited memastikan khazanah pesisir pantai Port Dickson terus terpelihara, ekosistem marin kekal seimbang dan habitat hidupan marin dilindungi demi kelestarian alam serta kesejahteraan generasi akan datang.
MPPD — Memelihara Pantai, Melindungi Ekosistem, Menjamin Kelestarian.





