1. MEMPROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
- Mengemukakan ulasan kepada Bahagian Unit Pusat Setempat (OSC) MPPD dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Mengemukakan surat keputusan terperinci kepada pemohon setelah minit mesyuarat J/K OSC dikeluarkan dan Bahagian OSC, MPPD mengeluarkan keputusan dasar kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memproses pengesahan pelan susunatur daripada Yang Dipertua, MPPD dan mengembalikan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja.
2. MEMPROSES PERMOHONAN NAMA TAMAN, JALAN DAN NOMBOR RUMAH.
- Mengemukakan ulasan bagi permohonan nama taman dan jalan kepada Bahagian Pusat Setempat (OSC) MPPD dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Mengemukakan surat kelulusan berkaitan permohonan nama taman dan jalan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Menerima dan memproses permohonan cadangan no. bangunan bagi taman perumahan dan rumah banglo/berkembar dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Mengemukakan surat kelulusan berkaitan permohonan nama taman dan jalan selepas Minit Mesyuarat OSC dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja.
3. MEMASANG, MENYELENGGARA DAN MEMANTAU PAPAN TANDA DAN VISUAL PERAYAAN.
3.1. Papan Tanda
- Mengadakan lawatan tapak bagi memastikan keadaan papan tanda awam sentiasa dalam keadaan baik 2 kali seminggu dan berdasarkan aduan daripada orang awam.
- Menyediakan borang cadangan kerja, pesanan kerajaan dan pemilihan kontraktor untuk kerja pemasangan papan tanda dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Memastikan kerja – kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan tanda awam dilaksanakan mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan.
3.2. Visual Perayaan
- Menyediakan borang cadangan kerja, pesanan kerajaan dan pemilihan kontraktor yang bersesuaian untuk kerja pemasangan visual dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Memastikan visual perayaan dipasang, diselenggara dan diturunkan semula mengikut syarat dan jadual perayaan visual perlu dipasang 14 hari sebelum tarikh perayaan dan diturunkan dalam tempoh yang sama selepas tamat tarikh perayaan.
4. MAKLUMBALAS TERHADAP ADUAN ORANG AWAM
- Terima aduan daripada Unit Inovasi dan Tindakan Khas, Majlis Perbandaran Port Dickson dan mengemukakan maklumbalas tempoh 3 hari bekerja.
- Membuat siasatan dan menyediakan laporan dalam 14 hari bekerja bergantung kepada aduan yang diterima.
- Mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan dan mengambil tindakan termasuk mengeluarkan dan menyelaraskan sebutharga dan mengemukakan maklumbalas kepada pengadu.
- Mengemukakan maklumbalas aduan kepada Unit Tindakan Khas, Majlis Perbandaran Port Dickson.
5. PEMBERIAN MAKLUMAT TERHADAP PERMOHONAN DARIPADA ORANG AWAM, AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA
- Menyediakan maklumat yang diminta dalam tempoh 7 – 14 hari bekerja bergantung kepada maklumat yang diminta.