MENU
  • Menguruskan, menyiasat, membuat lawatan tapak dan menyediakan laporan berkenaan aduan dan masalah yang berkaitan dengan Pemaju/JMB/MC mengenai pengurusan dan pentadbiran, akaun dan penyenggaraan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan yang diterima.
  • Memastikan Pemaju/JMB/MC mengemukakan akaun beraudit dan membuat semakan akaun beraudit pada setiap tahun dan membuat semakan terhadap akaun tersebut serta menghantar laporan akaun setiap 3 bulan.
  • Mengadakan program pendidikan mengenai pengurusan bangunan strata kepada Pemaju/JMB/MC/penduduk di bangunan strata.
  • Memastikan Pemaju mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama bagi Perbadanan Pengurusan dalam tempoh permulaan.
  • Mengeluarkan surat arahan kepada pemaju untuk mengemukakan deposit wang tunai/jaminan bank bagi membaiki kecacatan harta bersama selepas tarikh pemilikan kosong diserahkan.
  • Proses Pemfailan Jadual Petak yang lengkap dalam tempoh 7 hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  • Melantik ejen pengurusan apabila siasatan mendapati JMB/MC tidak dapat ditubuhkan atau JMB/MC tidak menjalankan tugas dengan efisyen tertakluk kepada keadaan.
  • Menjalankan siasatan bagi kesalahan dibawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).