MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Port Dickson akan mengadakan Publisiti Draf RSNS 2045 kepada pihak Awam. Program ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas bagi menggalakkan masyarakat untuk sama-sama telibat dalam perancangan pembangunan Negeri Sembilan. Program publisiti ini akan diadakan selama 8 minggu iaitu bermula dari 15 Ogos 2016 sehingga 7 Oktober 2016. Program ini telah dirasmikan oelh Y.A.B Dato' Seri Utama Hj.Mohamad bin Hj. Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 15 Ogos 2016 di Dewan MPS, Seremban.

Dengan ini Pihak MPPD akan mengadakan RoadShow Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 (RSNS 2045) Peringkat Daerah Port Dickson pada 20 September 2016 (Selasa) yang akan dilancarkan oleh YB Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd Redza, Adun Linggi bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson jam 8.30 pagi.