MENU

   

PROSEDUR PERMOHONAN BAHARU LESEN PENJAJA MEJA PAYUNG/ KERETA TOLAK/ BERGERAK

 

  1. Borang permohonan boleh di ambil di kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat 2 Terminal Bas PD atau muat turun borang di laman web mppd.gov.my
  2. Mengemukakan permohonan di :-

                 Kaunter Jabatan Pelesenan, MPPD
                 Tingkat 2 Terminal Bas PD,
                 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

  1. Permohonan disemak. 
  2. Menerima Permohonan Yang Lengkap dan jelas.
  3. Permohonan di daftarkan.
  4. Permohonan akan dirujuk ke jabatan/ agensi berkaitan.
  5. Pemeriksaan tapak oleh Jabatan Pelesenan.
  6. Dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan untuk keputusan
  7. Mengeluarkan surat kepada pemohon.
  8. Menyediakan Bil lesen yang telah lulus.

 

PERMOHONAN BAHARU LESEN PENJAJA PERLU MEMBUAT 2 SALINAN:-

BAGI PENJAJA MEJA PAYUNG/ PENJAJA KERETA TOLAK

Dokumen yang diperlukan (2 Salinan ):-

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Gambar Pemohon
  3. Pelan lokasi / tapak
  4. Gambar  lokasi / tapak perniagaan bagi permohonan penjaja meja payung / kereta tolak sahaja.           
  5. Surat kebenaran tuan tanah (Jika Tanah persendirian)

atau

BAGI PENJAJA BERGERAK

Dokumen yang diperlukan (2 Salinan ):-

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Gambar Pemohon
  3. Geran Kenderaan dan Lesen Memandu (Pemohon)
  4. Gambar Kenderaan dari pandangan sisi, hadapan dan belakang (Yang berwarna)