EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam merupakan salah satu inisiatif kea rah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/ agensi sektor awam.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, dan Seragam Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu :
- Imej Korporat
- Kreativiti dan Inovasi
- Amalan Hijau
- Persekitaran Kondusif dan
- Kepelbagai Agensi
DASAR
Kearah mewujudkan kecermerlangan organisasi melalui persekitaran kerja yang kondusif
OBJEKTIF
- Meningkatkan imej korporat.
- Menyemarakkan aktiviti kreatif dan inovasi.
- Menggalakkan aktiviti kearah mewujudkan persekitaran hijau
- Memastikan kepuasan pelanggan dalaman dan luaran.
- Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap warga.
- Mewujudkan displin yang tinggi dan berhemah di kalangan warga.
JAWATANKUASA EKSA