MAKLUMAN
PROSEDUR OPERASI STANDARD TAPAK PEMBINAAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON BAGI PERMOHONAN
(BANGUNAN SEMENTARA / TAMBAHAN UBAHSUAI / KERJA-KERJA KECIL)
- Perkara yang perlu dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson sebelum menyambung semula kerja-kerja pembinaan :
- Surat permohonan rasmi untuk penyambungan semula kerja di tapak bina daripada pemilik / perunding.
- Borang B – Notis Memulakan / Penyambungan Semula Kerja Bangunan.
- Surat Akujanji Kontraktor dan Pemilik Bagi Pematuhan kepada perlaksanaan SOP Pembukaan Semula Ekonomi dan SOP Sektor Pembinaan – Kementerian Kerja Raya. (MPPD/JB/B/PKP/01)
- Sesalinan bukti pengisytiharan maklumat projek pembinaan oleh kontraktor melalui Portal CIDB ( http://cims.cidb.gov.my )
- Mengemukakan Pelan Tindakan Keselamatan dan Pencegahan Penularan wabak Covid-19 di tapak bina.
- Sesalinan Surat Lulus Pelan Bangunan untuk projek yang dimohon.
- Nama Kontraktor dan dua (2) nombor telefon pegawai yang boleh dihubungi.
- Jadual mula kerja & bilangan, nama serta nombor telefon pekerja di tapak bina
- SOP tapak pembinaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Majlis Perbandaran Port Dickson mengunakan SOP Sektor Pembinaan – Kementerian Kerja Raya bertarikh 4 Mei 2020
- Sila kemukakan permohonan lengkap kepada jb@mppd.gov.my.
- Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi melalui: siti_norafizah@mppd.gov.my atau chelafc@gmail.com
- SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN KERJA RAYA
TIADA SESEORANG BOLEH MEMULAKAN KERJA-KERJA BINAAN SEBELUM PELAN-PELAN DILULUSKAN OLEH PIHAK MAJLIS |