MAKLUMAN
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) URUSAN PELANGGAN DI UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PASCA COVID 19
URUSAN DI KAUNTER
1) Permohonan secara online diproses melalui Sistem OSC Online MPPD.
2) Urusan di Kaunter hanya melibatkan penghantaran dokumen hardcopy bagi permohonan yang telah diperakui lengkap oleh Urusetia melalui Sistem OSC Online sahaja.
3) Bagi tujuan Pra Rundingan PSP/SP perlu membuat temujanji dengan menghubungi talian operator 06-6471122 sambungan ke Jabatan yang berkaitan. (Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteaan dan Jabatan Landskap).
4) Hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan berurusan di Kaunter OSC, MPPD dengan mengisi borang pelawat yang disediakan.
5) Membuat saringan kesihatan dan nyah kuman di pintu masuk utama MPPD.
6) Mematuhi langkah pencegahan dan kawalan Covid-19 dengan memakai topeng muka, kerap menggunakan sanitizer dan menjaga penjarakan sosial.
Borang - borang yang berkaitan :-
1) SOP Pembinaan OSC MPPD - Borang B
2) SOP Pembinaan OSC MPPD - CCC
KAEDAH TEMUJANJI
Email : oscmppdns@gmail.com/osc@mppd.gov.my
Talian Pejabat : 06-6471122 samb ke OSC
Urusetia – Cik Humy Hufizah bt Hussin ( 011-1167 5519)
Setiap permohonan temujanji hendaklah melengkapkan maklumat berikut
i. Nama
ii. Syarikat
iii. Tarikh Temujanji
iv. Masa
v. Tujuan Temujanji
Pemohon akan dimaklumkan semula tarikh dan masa temujanji oleh OSC melalui telefon / mesej/ whatsapp. Pihak Tuan/ Puan hendaklah hadir pada tarikh yang ditetapkan sahaja
WAKTU OPERASI KAUNTER OSC
WAKTU OPERASI
8.00 Pagi hingga 3.00 petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi hingga 1.00 petang (Jumaat)
TARIKH OPERASI
Perkhidmatan Atas Talian : Bermula 4 Mei 2020 (Isnin)
Perkhidmatan Di Kaunter : 11 Mei 2020 (Isnin)