MENU

PROMOSI BAYARAN KOMPAUN

PROMOSI BAYARAN KOMPAUNMPPD akan melaksanakan promosi pengurangan keseluruhan kompaun bermula 02 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021. Promosi ini  bersempena Ulangtahun MPPD ke 19 tahun. Kadar pengurangan yang akan diberikan adalah sehingga RM19 bagi semua jenis kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) , Akta Pengangkutan Jalan 1976 Dan Semua Undang- Undang Kecil MPPD kecuali berikut :

Enakmen Hiburan- Pengurangan diberikan sebanyak 75% 

Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MPPD) 2011
- Pengurangan diberikan sebanyak 80% 

Undang-Undang Kecil Siber Cafe Dan Kafe Siber (MPPD) 2010
- Pengurangan diberikan sebanyak 80% 
 
Diskaun ini adalah diberikan atas kesalahan kompaun yang bermula dari tahun 2008 hingga 31 Disember 2020 .

Orang awam boleh membayar kompaun dengan hadir ke kaunter-kaunter bayaran MPPD dan juga secara atas talian melalui 

https://mybayaran.mppd.gov.my/#/utama