MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJA-KERJA LANTIKAN TERUS (KHAS UNTUK BUMIPUTERA)
Pendaftaran adalah dipelawa kepada kontraktor Gred G 1 di daerah Port Dickson yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan dengan awam/bangunan serta bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang masih sah tempohnya untuk melaksanakan kerja-kerja Lantikan Terus mengikut klasifikasi berikut:-
| BIL | KATEGORI | GRED & PENGKHUSUSAN | 
| 1 | Kontraktor Kerja-kerja (Awam / Bangunan) | Gred G1 CE21 / 804 | 
2. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Port Dickson seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 31 Oktober 2022 (lsnin) sehingga 04 November 2022 (Jumaat)
Masa : 8:30 pagi -4:30 petang setiap hari
Pendaftaran selepas tempoh tersebut tidak akan diterima.





 
 

