MENU

logomppd

IKLAN JAWATAN KOSONG

MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

( KEUTAMAAN KEPADA ANAK NEGERI SEMBILAN)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

 

BIL

NAMA JAWATAN / GRED

KEKOSONGAN

MAKLUMAT

1.

Pegawai Tadbir Gred N41 [Kontrak]

1

Maklumat Perjawatan
Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran

2.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 [Tetap]

1 - Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
Borang Maklumat Pendaftaran
3.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 [Tetap]

1 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
4.

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19[Tetap]

1 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
Borang Maklumat Pendaftaran
5.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 [Tetap]

1 - Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
Borang Maklumat Pendaftaran
6.

Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 [Kontrak]

1 - Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
7.

Pembantu  Penguat Kuasa Gred KP19[Kontrak]

1 - Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
8.

Pembantu Akauntan Gred W19 [Kontrak]

1 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
9.

Pembantu Penilaian Gred W19[Kontrak]

2 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
10.

Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 [Kontrak]

1 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
11.

Pemandu Kenderaan Gred H11 [Tetap / Kontrak]

7 – Tetap

2 – Kontrak

- Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
12.

Penghantar Notis Gred N11 [Tetap]

1 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
13.

Pengawal Keselamatan Gred KP11 [Kontrak]

2 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran
14.

Pembantu Operasi Gred N11[Kontrak]

1 Maklumat Perjawatan
-  Garis Panduan Permohonan
- Borang Maklumat Pendaftaran

 

CARA MEMOHON

Permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran Port Dickson boleh dimuat turun selepas melengkapkan Borang Maklumat Pendaftaran di Google Form dan satu (1) borang adalah terhad untuk satu (1) jawatan sahaja.

Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut:

  1. Gambar warna berukuran pasport;
  2. My Kad/Kad Pengenalan (telah dipalang ‘untuk kegunaaan MPPD sahaja’)
  3. Sijil Kelahiran;
  4. Sijil Berhenti Sekolah;
  5. Sijil-Sijil Persekolahan/Akademik;
  6. Sijil-Sijil yang berkaitan dengan bidang.
  7. salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam. (www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2022 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).

Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

Tarikh akhir tutup dan penghantaran borang permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran Port Dickson adalah pada 11 April 2023 (Selasa) jam 5.00 petang. Sebarang penghantaran borang selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima.

PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT AKAN DITOLAK :

  1. Borang permohonan dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;
  2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  3. Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah seperti para c(ii); dan
  4. Tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.

CATATAN AM (PENTING-SILA AMBIL PERHATIAN)

  1. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian kecergasan / ujian bertulis  dan temu duga melalui surat panggilan, email atau  khidmat pesanan ringkas (mysms).
  1. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).
  1. Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.

SILA BACA GARIS PANDUAN PERMOHONAN JAWATAN DENGAN TELITI.

  TARIKH TUTUP PERMOHONAN: ­­­­­­­­­­11 APRIL 2023 ( SELASA - 5.00 PETANG)