Dimaklumkan bahawa Pembaharuan Lesen Tahun 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2014 dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang dan berurusan di Kaunter Bahagian Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan, Cawangan MPPD Tingkat 2, Terminal Bas Port Dickson.
Semua Pelesen MPPD diminta memperbaharui lesen tersebut dengan membawa DOKUMEN seperti berikut:-
- Sekeping gambar berwarna berukuran pasport
- Salinan resit bayaran pemeriksaan pemadam api
- Salinan suntikan kesihatan (typhoid) dan sijil kursus pengendali makanan bagi pelesen dan pekerja (bagi perniagaan makanan & minuman)
- Lesen asal perniagaan/ iklan 2013
Peringatan : Kepada semua pelesen diminta membuat PENGESAHAN di Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta (bagi pelesen gerai majlis) terlebih dahulu sebelum proses lesen baru dikeluarkan.