Sudahkah anda melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai?
Sudahkah anda membuat semakan untuk memastikan pegangan harta milik anda tiada tunggakan?
Sekiranya belum, Pihak Majlis berbesar hati dalam memberi bantuan untuk anda membuat semakan ke atas pegangan harta milik tuan/puan dengan menghubungi Unit Tunggakan Hasil ditalian 06-6471122, sambungan 1301/1304/1305. Tempoh cukai taksiran bagi penggal pertama pada 1 Januari 2013 sehingga 28 Februari 2013 manakala bagi penggal kedua 1 Julai 2013 sehingga 31 Ogos 2013. Kegagalan membayar Cukai Taksiran membolehkan pihak Majlis mengambil tindakan undang-undang selaras dengan Seksyen 156 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171) tanpa sebarang notis lagi. Sehubungan itu, sila jelaskan tunggakan dengan kadar segera dan Pihak Majlis bersedia untuk mempertimbangkan pengeculian denda (sekiranya ada dan tertakluk kepada syarat/kelulusan Yang Dipertua, MPPD ) serta kemudahan pembayaran secara Ansuran.