PROGRAM GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN WABAK DENGGI DI TAMAN POLITEKNIK.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan aktiviti gotong royong bersama penduduk Taman Politeknik Port Dickson pada 26 April 2025.
Program ini telah diselaraskan oleh Jabatan Perbandaran, Kesihatan dan Persekitaran MPPD dan turut mendapat kerjasama daripada pasukan COMBI Komuniti Taman Politeknik. Turut membantu agensi SWCorp Port Dickson dan SWM Environment Sdn. Bhd.
Objektif program adalah untuk mengawal penularan wabak denggi yang telah berlaku di kawasan tersebut.
Penduduk daerah Port Dickson digalakkan sentiasa memastikan:-
1. Tiada tempat pembiakan nyamuk di sekitar kawasan rumah anda.
2. Membuang bekas yang boleh menakung air di dalam tong sampah.
3. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup.
4. Sentiasa memastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan tiada air bertakung.
5. Memastikan saliran atap tidak tersumbat dan tidak menakung air.
6. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.