Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Port Dickson bulan Februari 2026 telah diadakan pada 25 Februari 2026 dan dipengerusikan oleh Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson.
Mesyuarat Penuh ini dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis, Setiausaha Majlis dan Pengarah-pengarah Jabatan bagi membincang dan meluluskan dasar, perancangan serta inisiatif penambahbaikan berterusan demi memastikan perkhidmatan serta pembangunan daerah Port Dickson lebih pantas, berkualiti, mampan dan memberikan impak kepada rakyat.
Komitmen berterusan ini mencerminkan iltizam Majlis Perbandaran Port Dickson dalam memperkukuh tata kelola, integriti, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan utama.






