LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM YANG AKAN DIADAKAN DI PADANG MERDEKA, PORT DICKSON
Satu lawatan tapak telah dilaksanakan sebagai persediaan bagi program yang akan diadakan di Padang Merdeka pada bulan Mac 2026. Lawatan ini bertujuan memastikan segala perancangan teknikal, logistik dan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik agar program dapat berjalan dengan lancar.
Jabatan yang terlibat ialah Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti serta Jabatan Kejuruteraan, bersama Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.
Lawatan secara langsung ini dapat memastikan segala keperluan dipersiapkan dengan rapi dan tersusun bagi kelancaran program.






