Majlis perasmian Lampu Limpah Padang Merdeka Port Dickson telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkasa kemudahan rekreasi dan sukan untuk kegunaan masyarakat setempat.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara Pasukan Pilihan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Pasukan Parlimen Port Dickson, yang telah berlangsung dalam suasana penuh dengan semangat kesukanan.
Penyediaan kemudahan lampu limpah ini membolehkan aktiviti sukan dan riadah diadakan pada waktu malam, sekali gus memberi lebih peluang kepada komuniti setempat khususnya masyarakat di Port Dickson untuk memanfaatkan kemudahan awam yang disediakan. Lampu limpah Padang Merdeka yang dinaik taraf ini diharapkan dapat menjadi pusat aktiviti komuniti, menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat di Port Dickson.
Program sebegini mencerminkan usaha berterusan MPPD dalam membangunkan kemudahan sukan dan rekreasi yang berkualiti, selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan komuniti yang aktif, sihat dan bersatu padu di Port Dickson.






