LAWATAN PROJEK PEMBINAAN TUGU BENDERA DI PULAU-PULAU OUTERMOST MILIK NEGARA DI NEGERI SEMBILAN
Yang Dipertua MPPD dan Setiausaha MPPD berkesempatan melawat projek pembinaan tugu bendera di Pulau Arang dan Pulau Payong yang dilaksana oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Pembinaan tugu-tugu ini bertujuan untuk menanda sempadan dan memperkukuh kedaulatan negara.
MPPD mengucapkan ribuan terima kasih kepada MKN, JPM dan MKN Negeri Sembilan yang menjayakan projek dan lawatan ini. Diharapkan kedaulatan negara melalui peletakan tugu sebegini dapat diperkukuhkan terutama di Negeri Sembilan.






