LIPUTAN RTM BERKAITAN INTEGRATED COMMAND CENTRE (ICC), MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Port Dickson, 12 Mac 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) terus memperkukuh sistem pemantauan dan pengurusan bandar melalui pengoperasian ‘Integrated Command Centre’ (ICC) yang dilengkapi dengan kemudahan pemantauan berteknologi tinggi,pintar dan terkini.
Sehubungan itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan liputan khas bagi meninjau dengan lebih dekat peranan serta keberkesanan ICC dalam membantu pihak MPPD memantau dan mengurus keadaan bandar Port Dickson secara lebih menyeluruh,pintar dan bersepadu.
Pengoperasian ICC ini memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan tahap keselamatan bandar melalui pemantauan berterusan terhadap kawasan tumpuan awam,aliran trafik serta situasi semasa di sekitar Port Dickson disamping penggunaan teknologi terkini AI ‘Artificial Intelligence’ pada sebahagian CCTV yg beroperasi di Port Dickson.
Inisiatif ini selaras dengan komitmen MPPD dalam memastikan Port Dickson terus kekal sebagai destinasi pelancongan yang selamat, pintar,terurus dan berdaya saing sesuai dengan pengiktirafannya sebagai Bandar Peranginan Negara.






