MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan dengan jayanya, melibatkan penawaran sebanyak 24 projek kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya pada 17 Mac 2026.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dilaksanakan secara terancang, sistematik dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Penyerahan SST telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, dengan penglibatan Jabatan Kejuruteraan, MPPD. Dalam ucapan beliau, kontraktor yang dilantik telah diingatkan agar melaksanakan setiap skop kerja dengan penuh tanggungjawab, berintegriti serta mematuhi spesifikasi dan garis panduan teknikal yang ditetapkan bagi menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan pelaksanaan projek.
Kesemua projek ini dilaksanakan di bawah peruntukan MARRIS, yang memberi penekanan kepada penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur jalan serta kemudahan berkaitan demi kesejahteraan dan keselesaan pengguna.
Adalah diharapkan agar semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan serta mencapai objektif yang disasarkan.






