14 Mar 2026
KERJA-KERJA KECEMASAN AKIBAT DAHAN POKOK YANG MENGHEMPAP KABEL
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan dari orang awam mengenai dahan pokok yang patah dan telah menghempap kabel berhampiran Pearl Villa Resort, Batu 8 Telok Kemang pada 14 Mac 2026.
Bertindak atas aduan yang diterima ,tindakan pantas telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD bagi memastikan keselamatan orang awam dan penduduk di kawasan tersebut terjamin.






