20 Mar 2026
KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANG
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan jalan dan berlubang di Bandar Springhill, Port Dickson pada 20 Mac 2026.
Bertindak atas aduan ,Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD telah melaksanakan tindakan segera dengan menjalankan kerja - kerja penurapan ke atas jalan yang telah rosak dan berlubang bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum serta menjamin kelancaran pergerakan pengguna yang melalui laluan tersebut.






