LAWATAN TAPAK JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERKAITAN KESALAHAN DIBAWAH AKTA (133) JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974.
Jabatan Kawalan Bangunan MPPD telah membuat lawatan tapak pada 31/03/2026 berkenaan kesalahan membuat struktur tambahan ubahsuai tanpa mendapat kebenaran dari pihak MPPD. Pihak Jabatan Kawalan Bangunan telah mengeluarkan notis Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Seksyen 70(1) iaitu *mengemukakan permohonan* ke atas kerja-kerja tambahan ubahsuai yang dibuat tanpa kebenaran pihak MPPD di Taman Toh Kee Kah, Mukim Port Dickson.
Adalah diingatkan kepada semua pemilik rumah agar sentiasa mematuhi peraturan untuk mendapatkan kelulusan MPPD dan agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum membina atau mendirikan apa-apa struktur demi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan






