PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Perhimpunan bulanan MPPD telah berlangsung pada 31 Mac 2026 di Dewan MPPD yang telah dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar bersama Unit Pusat Setempat (OSC)
Perhimpunan Bulanan MPPD juga telah diserikan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat dalaman yang disambut secara sederhana dan berhemah.
YBrs. Encik Hasnor bin Hamid, Yang Dipertua MPPD melalui ucapannya telah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ahli Majlis dan seluruh warga MPPD. Disamping itu, YDP MPPD juga menyatakan bahawa bulan Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mempereratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan semua warga MPPD. Hari raya ini juga merupakan masa terbaik untuk seluruh warga MPPD memperkukuhkan semangat kekeluargaan dan kerja berpasukan.
Selain itu, diperingatkan juga kepada semua warga MPPD berkaitan perkembangan terkini iaitu konflik yang berlaku di Timur Tengah dimana konflik ini akan menyebabkan berlakunya ketidaktentuan ekonomi. Semua warga MPPD diminta untuk berjimat cermat dalam memastikan kestabilan ekonomi negara dapat diuruskan dengan berhemah. Antara langkah-langkah yang perlu diberi perhatian serius adalah :
i. Menasihatkan seluruh warga MPPD untuk tidak melawat negara -negara yang telah terkesan akibat ketidakstabilan penggunaan petroleum seperti Thailand dan Filipina.
ii. Memastikan penjimatan bahan api terutama penggunaan diesel untuk kenderaan - kenderaan jabatan. Penggunaan diesel perlulah secara optimum dan berhemah.
YDP MPPD juga turut menasihatkan kepada warga MPPD untuk mengambil langkah - langkah keselamatan terutama yang bekerja di lapangan ketika cuaca panas yang sedang melanda negara pada ketika ini.
Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Negeri Sembilan, semua pihak perlu bersama berganding bahu untuk menjayakan program-program pelancongan yang telah dirancang dalam COE (Calendar Of Event) MPPD.
Semoga perhimpunan ini menjadi platform kepada seluruh warga MPPD untuk mendengar amanat, menyatukan semangat warga kerja, memperkukuh integriti, dan memantapkan komunikasi dalaman, serta memacu penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan telus.
Majlis ini diserikan lagi dengan sesi penyampaian hadiah dan penghargaan seperti berikut :-
- Penghargaan kepada kakitangan yang bersara iaitu En,Sulaiman Bin Sidek ( Pembantu Khidmat Am H1) dan Puan Rozila Binti Mansor ( Pembantu Khidmat Am H1). Terima kasih atas jasa dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di MPPD.
- Pertandingan Kad Raya Jumbo - Pertandingan ini disertai oleh semua jabatan-jabatan dalaman MPPD yang telah dinilai melalui kreativiti dan idea – idea dalam menghasilkan kad raya jumbo.
Sebelum mengakhiri perhimpunan bulanan ini, satu sesi penghargaan kepada 32 orang pegawai dan kakitangan yang menerima surat pemakluman bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025. Tahniah kepada kesemua penerima anugerah ini.






