OPERASI TANGKAPAN LEMBU TERBIAR
Jabatan Penguatkuasa MPPD telah menjalankan operasi hari kedua tangkapan lembu yang berkeliaran di dalam kawasan taman sekitar Port Dickson, yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk.
Hasil operasi tersebut, pihak jabatan telah berjaya menyita sebanyak 17 ekor lembu yang ditemui di dalam kawasan Taman Bandar Springhill, Port Dickson.
Tindakan sitaan ini diambil di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu dan Kerbau (MPPD) 1982, berikutan kesalahan membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan taman yang boleh menyebabkan risiko kepada penduduk.






