LAWATAN LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN KE MPPD
Port Dickson, 2 April 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menerima lawatan daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bagi meninjau pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan dan promosi di daerah Port Dickson sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS2026). Program lawatan ini telah dikelolakan oleh Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti MPPD dan turut dihadiri wakil daripada Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson (PDTPD)
Lawatan ini selari dengan aspirasi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 dalam memperkukuh kedudukan Port Dickson sebagai antara destinasi utama pelancongan di Negeri Sembilan dan Malaysia selaras dengan pengiktirafannya sebagai Pantai Peranginan Negara. Menerusi lawatan ini, pelbagai inisiatif pembangunan dan promosi telah dapat ditunjukkan hasil usaha berterusan MPPD sekaligus menunjukkan kesiapsiagaan Port Dickson dalam menerima pelancong dari dalam dan luar negara sempena TMNS2026.






