OPERASI MENURUNKAN BANNER, KAIN TENTANG, BANTING DAN POSTER
Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Port Dickson telah melaksanakan operasi menurunkan banner, kain rentang,banting dan poster yang tamat tempoh permit,lusuh atau rosak dan tiada permit daripada MPPD
Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan operasi ini di sepanjang Jalan Seremban sehingga Jalan Pantai mengikut zon tugasan.
Hasil keseluruhan daripada operasi yang dijalankan mendapati sebanyak 180 unit meliputi banner,kain rentang,banting dan poster yang tiada permit,tamat tempoh serta rosak diturunkan.
Jabatan Penguatkuasaan komited memastikan bahawa tiada iklan atau promosi yang dipasang tanpa kelulusan dan mencemarkan pemandangan Port dickson.
MPPD ingin mengingatkan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memperkasakan imej Port Dickson sebagai bandar pelancongan utama di Negeri Sembilan.






