BENGKEL PENULISAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mangadakan Bengkel Penulisan ‘Artificial Intelligence’(AI) yang diadakan di Bilik Latihan IT, MPPD pada 7 hingga 8 April 2026 (Selasa – Rabu). Bengkel ini telah dihadiri oleh kakitangan dari setiap Jabatan/Bahagian/Unit MPPD. Bengkel ini bertujuan untuk melatih kakitangan menggunakan alat AI generatif bagi meningkatkan produktiviti, penyelidikan dan pembelajaran.
Objektif bengkel ini terdiri daripada :-
1. Mengenal pasti fungsi Gemini sebagi pembantu kreatif dan NotebookLM sebagai pembantu penyelidik peribadi.
2. Memberikan Kemahiran teknikal untuk memuat naik dokumen (PDF, Google Docs, pautan web) ke dalam NotebookLM untuk dianalisis.
3. Melatih peserta cara merumus dokumen panjang dan mencari kaitan antara pelbagai sumber maklumat dengan cepat.
4. Menggunakan Gemini untuk menjana draf awal, rangka penulisan atau struktur laporan
5. Melatih peserta Teknik prompting yang berkesan supaya AI hanya menjawab berdasarkan sumber dokumen yang diberikan (grounding), bagi mengurangkan risiko maklumat palsu.
6. Menghasilkan Audio Overview (seperti gaya podcast) atau peta minda daripada nota bertulis untuk kepelbagaian gaya pembelajaran.






