13 Apr 2026
BENGKEL PELAN STRATEGIK MPPD TAHUN 2026 - 2030 FASA 2
Bengkel pelan strategik MPPD tahun 2026 - 2030 fasa 2 diadakan di Klana Hotel & Resort, Port Dickson bermula 10 hingga 11 April 2026. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pengarah dan Penolong Pegawai dari setiap Jabatan/Bahagian dan Unit MPPD. Turut hadir Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson. Taklimat bengkel ini disampaikan oleh Encik Mohd Syahrizad bin Mohd Sapandi, Pegawai dari Institut Tadbiran Awam Negera (INTAN)






