08 Apr 2026
KERJA-KERJA MEMBUKA PAPAN TANDA USANG / ROSAK DI TAPAK CAMPERVAN, PANTAI BATU 5, PORT DICKSON.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berhubung adanya papan tanda usang dan rosak di Tapak Campervan, Pantai Batu .
Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD segera melaksanakan kerja-kerja membuka papan tanda tersebut bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.






