18 Apr 2026
OPERASI PEMBERSIHAN STRUKTUR JALAN YANG TIDAK DILULUSKAN (BONGGOL HARAM)
Majlis Perbandaran Port Dickson telah melaksanakan kerja-kerja memecah dan membuang bonggol jalan yang dibina secara tidak sah di Bandar Springhill pada 18 April 2026.
Tindakan ini telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD.
Tindakan ini diambil berikutan bonggol jalan tersebut tidak mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan serta boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalanraya.






