ADUAN AWAM MENGENAI KABEL ELEKTRIK RENDAH DI TAPAK PENJAJA SG SEGUNI, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berhubung kabel elektrik yang melendut rendah sehingga berpotensi membahayakan pengguna di Tapak Penjaja Sg Seguni, Port Dickson pada 16 April 2026.
Susulan itu, Unit Elektrik Jabatan Kejuruteraan telah turun ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan segera.
Kerja-kerja telah dilaksanakan dengan menurunkan serta menanggalkan kabel yang terlibat bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terjamin.






