LAWATAN TURUN PADANG BERKAITAN ISU PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN LONGKANG DI BANDAR PD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berkaitan kerosakan longkang dan penyelenggaraan berkala di Jalan Mahajaya, Bandar PD pada 16 April 2026.
Jabatan Kejuruteraan telah menyelaraskan lawatan turun padang ini bersama Adun Sri Tanjung, Dato' Dr G Rajasekaran.Lawatan turut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPPD dan pihak SWM.
Turut hadir, Encik Faizal bin Abdul Ghapar, Ahli Majlis MPPD Zon 13, En Seagaran A/L M.Annamalai, Ahli Majlis Zon 14 dan Puan Aishah Rani A/P Suresh Chand, Ahli Majlis Zon 11.
Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa kawasan longkang yang mengalami kerosakan dan penyelenggaraan tidak sempurna yang berpotensi menjejaskan kebersihan dan menyebabkan longkang tersumbat.
Tindakan susulan termasuk kerja-kerja pembersihan, pembaikan serta penyelenggaraan berkala akan dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan sempurna.






