LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD KE :
PEMBANGUNAN PERUMAHAN TERES SETINGKAT DI ATAS LOT 1849 YANG MENGANDUNGI 38 UNIT TERES SETINGKAT (20'x88') 29 UNIT TERES SETINGKAT (20'x65') & 21 UNIT RUMAH JENIS RMM (20'x65') BAGI TETUAN REGAL MAESTRO DEVELOPMENT SDN. BHD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi Projek Pembangunan Perumahan Teres Setingkat Di Atas Lot 1849 Yang Mengandungi 38 Unit Rumah Teres Setingkat (20'x88') 29 Unit Rumah Teres Setingkat (20'x65') & 21 Unit Rumah Teres Setingkat Jenis RMM (20'x65') di pada 21.04.2026 di Taman Penaga
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD bersama dengan Jabatan Kejuruteraan MPPD, Jabatan Perancang Bandar MPPD, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar MPPD, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD serta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MPPD bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat dan ulasan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson






