KEHANGATAN MAGNETIC PD NIGHT KIAN TERASA
Port Dickson, 25 April 2026- Magnetic PD Night yang kedua telah diadakan di Pantai Bagan Pinang. Program telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD; YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD; Encik Mohd Najib Mohd Isa, Penyelaras DUN Bagan Pinang; Encik Nasir bin Raman, Ahli Majlis MPPD; Ketua-Ketua Jabatan MPPD dan seluruh pengunjung yang hadir.
MPPD membawakan pertunjukan api oleh Abugik D Worrior, yang lahir daripada impian lima anak muda tempatan. Persembahan ini berjaya menghiburkan pengunjung serta memeriahkan suasana tepi pantai Port Dickson.
MPPD juga berharap warga Port Dickson serta pengunjung dari luar daerah dapat terus memeriahkan program Magnetic PD Night pada masa akan datang, sekali gus menghidupkan suasana malam di Port Dickson.






