27 Apr 2026
KERJA-KERJA KECEMASAN AKIBAT POKOK TUMBANG YANG MENGHALANG LALUAN
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan mengenai pokok tumbang yang menghalang laluan di Kg Jimah Lama, Port Dickson pada 27 April 2026.
Bertindak atas aduan yang diterima ,tindakan pantas telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam(APM) bagi memastikan keselamatan orang awam dan penduduk di kawasan tersebut terjamin.






