01 May 2026
KERJA-KERJA MEMBUKA PAPAN TANDA USANG / ROSAK DI TAMAN JIMAH JAYA DAN TAMAN MUHIBAH, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan awam berhubung adanya papan tanda usang dan rosak di Taman Jimah Jaya dan Taman Muhibah, Port Dickson pada 1 Mei 2026.
Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD segera melaksanakan kerja-kerja membuka papan tanda tersebut bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.






