01 May 2026
KERJA-KERJA KECEMASAN AKIBAT POKOK YANG MENGHEMPAP KABEL ELEKTRIK
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan dari orang awam mengenai pokok yang telah menghempap kabel di Rumah Rakyat Linggi, Port Dickson pada 1 Mei 2026.
Bertindak atas aduan yang diterima ,tindakan pantas telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD bagi memastikan keselamatan orang awam dan penduduk di kawasan tersebut terjamin.






