04 May 2026
KERJA-KERJA PEMERIKSAAN PANEL LAMPU JALAN (ADUAN AWAM) DI BANDAR SPRINGHILL, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan pemeriksaan serta pengujian bagi sistem kawalan pada panel lampu jalan di Residences 7, Bandar Springhill, Port Dickson pada 4 Mei 2026.
Pemeriksaan tersebut telah dijalankan oleh Unit Elektrik, Jabatan Kejuruteraan MPPD untuk membaiki kerosakan pada sistem kawalan lampu.






