02 May 2026
KERJA-KERJA KECEMASAN AKIBAT POKOK TUMBANG DI KAWASAN PANTAI
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan dari orang awam mengenai pokok tumbang di Wellness Walk Telok Kemang, Port Dickson pada 2 Mei 2026.
Bertindak atas aduan yang diterima ,tindakan pantas telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD bagi memastikan keselamatan orang awam dan pelancong di kawasan tersebut terjamin.






