TAKLIMAT SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) BERSAMA KAKITANGAN DI BAWAH SKIM PEMBANTU KHIDMAT AM H1 (SKIM GABUNGAN)
Taklimat ini diadakan pada 21 Mei 2026 (Khamis) di Dewan Besar MPPD. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan dan penjelasan kepada kakitangan berkaitan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), khususnya melibatkan skim Pembantu Khidmat Am H1 (skim gabungan), termasuk aspek perjawatan, penyelarasan skim perkhidmatan, skop tugas serta hala tuju perkhidmatan.
Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Deana binti Mohd Yusof (PPT, Unit Perkhidmatan SUKNS) dan juga Pn. Norzamilah binti Che Sabri (PPT, Unit Perkhidmatan SUKNS)






