MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON TELAH MENERIMA PERUNTUKKAN PROGRAM BANDAR SELAMAT 2.0 TAHUN 2026 DARIPADA PLAN MALAYSIA
4 Jun 2026, Seremban- Sempena Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040, Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD) telah menerima replika cek peruntukkan Program Bandar Selamat 2.0 Tahun 2026 berjumlah RM550,000.00 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk TPr. Dr.Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, PLANMalaysia.
Replika cek ini telah diterima oleh TPr. Ahmad Hashim bin Bakar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar yang mewakili Yang Dipertua MPPD. Majlis tersebut juga telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
MPPD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia) di atas peruntukkan ini bagi memperkukuhkan aspek keselamatan di dalam kawasan pentadbiran MPPD






