PENGURANGAN KADAR CAJ MENDUDUKI (KADAR SEWA) GERAI/PREMIS MILIK MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu meringankan beban kos operasi peniaga yang menduduki (menyewa) premis PBT, Kerajaan Negeri telah bersetuju mengurangkan kadar caj menduduki (kadar sewa) sebanyak 20% bagi tempoh bermula 1 Jun 2026 sehingga 31 Disember 2026.
Pengurangan kadar caj menduduki ini akan dilaksanakan melalui kaedah pelarasan kredit/rebat ke atas akaun sewaan bagi tempoh yang ditetapkan tersebut.
Sebarang pertanyaan mengenainya sila hubungi Puan Norazian Razali, Puan Nur Zaieffidah Zainal, Encik Zamani Arshad atau Cik Nur Aida Mohamad Razali , Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD di talian 06 6462057 sambungan 226/227.







