PROGRAM CSR: MELESTARI TAMAN DI TAMAN KOMUNITI AWAM PORT DICKSON
Port Dickson, 13 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah bersama-sama menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama Samsung SDI Energy Malaysia (SDIEM) yang berlangsung di Taman Komuniti Awam Port Dickson.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar, Jabatan Perancangan Sumber Strategik serta Jabatan Perolehan Samsung SDI Energy Malaysia (SDIEM) dengan penyertaan seramai 36 orang kakitangan SDIEM dan 10 orang kakitangan MPPD.






