OPS MENCARI DAN PEMUSNAHAN SARANG BURUNG GAGAK
Port Dickson, 10 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan Operasi Mencari dan Memusnahkan Sarang Burung Gagak di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbiran bagi mengawal populasi burung tersebut yang boleh mengganggu kebersihan serta kesihatan awam.
Operasi ini melibatkan kekuatan seramai 6 orang anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan, MPPD. Antara lokasi terlibat ialah Bandar Dataran Segar, PD Waterfront, dan Pantai Tanjung Gemuk.
Sepanjang operasi dijalankan, pasukan telah berjaya memusnahkan sebanyak 40 sarang burung gagak yang dikenal pasti berada di kawasan pokok dan struktur bangunan sekitar lokasi terlibat. Tindakan ini dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira aspek keselamatan serta keberkesanan kawalan.






